Friday, June 4, 2010

Lama tk menulis kt blog ni tiba2 rasa nk menulis pula.Seperti biasa tepat pukul 6pagi aku sudah siap sedia ke tempat kerja.Faham2 jelah... kerja kt HKL,tinggal kt SELAYANG,masuk kerja pukul 7pagi kalau keluar rumah lambat sikit jawabnye kena sedia dengan pantun2 yang canggeh. Hr ni last ank2 sekolah. esok sekolah stat cuti 2minggu.aku dan suami cadang nk bercuti di perak ada kenduri kahwin...adik kawan baik suami.kamipun dah lama tk jumpa,last jumpa hr raya puasa.Anuar dan Sham,Inilah kawan tempat kerja lama suami yang masih tak putus hubungan selain daripada Hasni.
Esok dah stat cuti sekolah 2minggu.Aku dah tanye anak2 cuti sekolah ni ada program lain ke.Along dan Angah,kedua2nya setuju bercuti di Perak katanye boleh pergi rumah pak Lpng sekali.
Bila cakap pasal bercuti aje anak2 aku memang tk reti sabar kalau boleh itu jam tanye,itu jam juga kena bertolak tk boleh nk bertangguh-tangguh.
Dalam kami sibuk berkemas,adik aku call...menkhabarkan yang abah masuk wad sebab sesak nafas.Aku dan anak2 terdiam dan termenung sekejap .Dua-tiga minit kemudian aku mengatakn kepada anak2 yang kita tak jadi bercuti di Perak, kita kena balik Pahang sebab Tok Wan masuk wad sesak nafas.
Walaupun masih rasa tak puas hati tak dapat bercuti di Perak,kedua bujangku dapat memahami bahawa semua ni bukan yang kita rancang tapi semuanya ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.Agak lambat sikit kami bertolak dari rumah agak-agak dalam pukul 11malam.